PAS Terengganu bantu Pilihanraya Sarawak |
Kuching - Badan
Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengambil suatu keputusan untuk turut
membantu pilihanraya Negeri Sarawak ke-8 yang akan diadakan pada 27
September 2001. Menurut Setiausaha JPN Terengganu,Sdr Ariffin Deraman,dalam satu mesyuarat yang diadakan baru baru ini,Badan Perhubungan PAS Negeri melalui JPN akan menghantar tenaga bagi membantu Jentera Pilihanraya tersebut. Jawatankuasa PAS Pusat telah memutuskan akan meletakkan tiga orang calon bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak. JPN Terengganu telah diamanahkan untuk membantu DUN Samariang. DUN ini terletak di dalam Parlimen Petra Jaya , Kuching , Sarawak. Sehingga berita ini ditulis BPPNT telah menghantar beberapa orang petugas sepenuh masa untuk membantu DUN Samariang. YB Ust Haji Abu Bakar Chik turut hadir bagi membantu DUN Samariang. Di dalam taklimat semalam beliau menegaskan bahawa PAS akan bertanding di dalam DUN Samariang. Persiapan akhir untuk pilihanraya bagi DUN tersebut telah dibuat. PAS Sarawak akan memberikan tentangan yang hebat kepada BN didalam pilihanraya kali ini. PAS berkeyakinan akan menang di dalam DUN -DUN yang dipertandingkan.
|